MEI 2025

YAB Premier Hadiri Majlis Pelantikan Kepimpinan Baharu DBKU 2025-2028


KUCHING, 26 Mei 2025 – YAB Premier hadir bagi menyaksikan majlis angkat sumpah 10 Ahli Dewan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bagi penggal 2025-2028 yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Petra Jaya pagi ini. 

Pelantikan 10 ahli dewan baharu ini melibatkan tokoh-tokoh kanan kerajaan negeri termasuk Yang Arif Dato Sri Saferi bin Ali, Peguam Besar Negeri; Dato Sri Dr. Wan Lizozman Wan Omar, Setiausaha Kewangan Negeri dan Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak. Turut dilantik ialah Prof. Ir. Ts. Dr. Cassidy Morris, Pengarah JKR Sarawak dan Awang Zamhari Awang Mahmood, Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.

Ini menandakan bermulanya penggal baharu kepimpinan DBKU yang diharap dapat melaksanakan pendekatan lebih menyeluruh dalam merancang pembangunan bandar dengan fokus kepada peningkatan kemudahan awam, sistem pengurusan bandar yang lebih efisien, serta pembangunan yang seimbang antara aspek fizikal dan sosial. 

Turut hadir, Yang Berhormat Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan; Yang Berhormat Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara Dan Hal Ehwal Islam); dan Yang Berbahagia Dato Haji Hilmy Haji Othman, Datuk Bandar Kuching Utara.